Wednesday, March 27, 2013

Mahu?

".....Mahukah kamu mendengar tawaranku?" soal Saifudin dalam loghat Aceh.
Beragas ketawa, "Tawaran apa yang kamu fikir baik untuk aku? Sedangkan aku langsung tidak mengenali kamu?" marah Beragas dalam nada menyindir.

"Kembalilah kepada Allah, nescaya kamu kulepaskan!" tegas Saifudin.
Beragas ketawa dalam marah mendengar tawaran Laksamana Sunan. Tawaran itu seolah-olah memperkecilkan keperkasaanya. Suaranya sahaja sudah cukup terasa mencabut urat jantung mangsa yang tersungkur sebelum tangannya mencabut ajal setiap mangsa.
"Bangsat kamu!" Beragas meludah ke tanah.

Assalamualaikum pengguna internet sekalian. Begitulah secarkip cebisan dari novel Bagaikan Puteri, karangan Ramlee Awang Mursyid. Sambungan siri novel tersebut ialah Cinta Sang Ratu, dan Hijab Sang Pencinta (amboih, nak jiwang je name2 novel nih). Nama je taman-taman bunga, tapi banyak mesej yang boleh kita ambil dari novel tersebut.

Beragas, nama pun dah cukup memperlihatkan ke-taiko-an beliau. Stok muke parut marut dengan kepala botak. Kejam, ganas, dan brutal. Selepas cebisan ayat di atas nih pun, dorang sket lagi nak gaduh2, tikam menikam (latar masa zaman Kesultanan Melayu Melaka, tak de pistol lagi). Si Saifudin nih, walaupun tak kenal si Beragas, tapi die tetap cool2 je suruh si Beragas kembali kepada Allah. Sempat lagi dia menyampaikan kebenaran kepada seseorang yang tidak dikenali, malah si Beragas merupakan musuh beliau.

Kalau kita, ada nak buat macam nih?

"Rilek la bro. Tuh cite dalam novel je. Nak sedapkan jalan cerita je. Rilek la bro hehe."

Haeh.

Post kali nih, eden bukan nak buat komsas mengenai novel-novel tersebut. Tapi den tertarik dengan prosa    " Mahukah kamu mendengar tawaranku?" Chewah..


Bila terbaca ayat nih, eden teringat kek ayat Al Quran yang berbunyi begini;


" Wahai orang- orang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"


"(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
  As-Saff: 10-11


Kalau kita kaji balik perkataan perdagangan tuh, kegiatan perdagangan itu sendiri boleh menyebabkan keuntungan atau kerugian. Dalam bab untung rugi nih, memang konpem konfom yer orang nak untung. Tak de ye Perniagaan Mak Su Jijah Eksport Import Batik Sdn Bhd nak melihat syarikat beliau mengalami kerugian. Selain industri kain batik, tidak pula Pak Cik Kordi ingin melihat perniaagan sate ikan beliau mengalami kerugian. Tidak ye tuan- tuan dan puan- puan. Dalam bab bisnes atau perdagangan nih, semua nakkan keuntungan. Ada untung, ada happy. Ada profit, muka pun ada senyuuum. Senyum ini masyam la :)))


Walhal natijahnya, kita terlalu taksub dengan perdagangan yang melibatkan fuuulusss nih. Sampai kita lupa perdagangan untuk akhirat.

"Dah tuh bro, ape yang menguntungkan untuk perdagangan untuk akhirat?"

"Dah ade dalam Al-Quran dah bro, iaitu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu."

Kalau kita tak buat nih, memang kita yang rugi. 


Ade dalam Al-Quran lagi broo;


"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Al-Asr: 1-3


"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka inilah orang-orang yang beruntung" Ali Imran: 104


Ish ish ish.. Rugi rugi rugi.. Bukan susah pun. Amar makruf nahi mungkar. Subjek PMR pun je nih. haha. Dakwah2.


Tapi, ada sesetengah masyarakat beranggapan aktiviti dakwah nih terhad kepada membe2 dah keluarga.

"Cukuplah aku ajak membe aku pergi masjid solat jumaat. Cukuplah aku seorang ngan family aku je yang solat berjemaah. Cukuplah puasa sebulan di bulan Ramadhan then bayar zakat. Kalau ade duit lebih nanti, bolehlah pergi buat haji/umrah. Haeh.. Complete lak hidup aku."


Sebenarnye, tugas dakwah nih merupakan tugas yang besar dan penting. Ianya wajib untuk setiap muslim. Bukan Asyref Muslim atau Restoran Muslim Jaya ye.  Tugas nih telah pun dipikul oleh para2 nabi. Then dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah serta sahabat bukanlah sekadar mengajak orang jadi baik je. Kalau usaha tersebut setakat mengajak membe2 or keluarga menjadi baik, tak perlu lah Rasulullah dan sahabat bersusah payah sehingga kena bina negara. Lepas tuh, tugas dan dakwah nih diteruskan ke segenap sepenjuru seterperinci muka bumi. Pergi je mane2, semua kenal Islam. Sedangkan Islam dulu pernah menjadi Ustaziatul Alam.



"Hek? Ape tuh Ustaziatul Alam? Ustaz Azhar Idrus pernah ar dengar. Ustaz Alam nih ustaz baru ke?"

Haaa.. Nak tau, cube tanya Pidot. haha


"Hekeleh-eleh bro. Tulis kat blog senang lah. Try sket tengok.."

Hadoiyai bro. Secara praktikalnya memang lah kita selalu assume bende nih susah. Tapi dengan usaha yang berterusan dan tanpa jemu dengan niat yang baik kerana Allah, insyaAllah  classmates, housemates, roommates, workmates, coffeemate, Ah Meng, Robert, Doraisamy, Laicikang  serta kawan2 kita yang lain di luar sana yang banyak mengomel tuh akan tertrigger something dalam hati beliau untuk kembali kepada Allah.



"Adeiiyaaii. Kenape kene dakwah-dakwah nih bro??"

Sebab Islam itu agama yang sempurna lah broo. Perfecto Glerios bro. Kita wajiblah sharing-sharing nikmat kesempurnaan itu dengan semua manusia. Kalau kita ada barang baik, mesti kite nak share kan (ke simpan sorg2?). Bile Islam dah tertegak di atas muka bumi, ekosistem kembali seimbang, susunan pemerintahan dan undang-undang menjadi mantapben, social pun nice, aman makmur serta harmoni warga dunia di bawah naungan Islam. Banyak lagi sebenarnye bro. Kan smart gituu.


"Cukup cukup bro. Panjang lak nak bace nih. Kalau best takpe lagi. Tak payah la buang masa dakwah2 nih. Eeeii alergi lah dakwah2 nih. Kita enjoy la dulu. Duniawi best bro. Aku ok je hidup camnih. Clubing2, partay2.  Elok je, takde ape pun jadi kat aku. Nanti dah tua sket, barulah insaf sket2. Enjoy bro, enjooy. Tak payah bro dakwah. Tuh semuaa pooyooo." 


Haeh......


Macam biasa la bro. Masing- masing dah besar bro. Tepuk dada, tanyalah iman. 


Alkisah sang kancil berjumpa dengan sultan Firaun,

Sampai sini je den ye coretan pada kali nih. haha. Maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan dalam post nih. Jom le kita same-same menjadi penyambung tugas nabi dan mengajak manusia kepada Allah. InsyaAllah.

Sooo.... mahukah kamu mendengar tawaranku?



...Choooooyy


waalaikumussalam





konsentrasi melodramatik...

No comments:

Post a Comment