Thursday, July 7, 2011

Estelelete

Assalamualaikum pengguna-pengguna internet yang berhemah lagi dikasihi sekalian. Nih post den karang sebelum subuh. Rase cam free lak en summer2 nih. haha.. Sebelum bukak cite utama, den nak cite program STC beberapa hari lepas. Memang best masyuk terbaek. STC di US tahun nih buat di Hickory Run State Park, PA. Selain dapat menikmati alam flora dan fauna, insyAllah peserta-peserta dapat mengambil sedikit sebanyak iktibar daripada tazkirah and talk show pada malam STC tuh. Takde la boring dengar talk show nih. Koman koman orang kalau stok cakap pasal talk show, ceramah, or majlis2 ilmu, perkare utame dalam buaian otak mereke mesti camnih "Boring ar bro dengar cite2 agama nih. Lebih baik ar layan nora elena. Lagi best jiwa mendayu kang. " Adehh..
Gambar daun ngan pokok den amik time STC tuh..

Talk show or majlis2 ilmu nih la bergune untuk kite menimba ilmu mengenai agama kite iaitu ape bro? Mestilah Islam kan. Ke Islam tuh cuma kat IC je bro? Kang bila tegur pape mula r bagi alasan, "Aku tak cukup ilmu lagi r." Tau pun tak cukup, tapi tak nak lak join majlis2 ilmu nih. Sedikit pun tak pe bro, asalkan kite dengar and faham. InsyaAllah boleh trigger "something" dalam diri kite tuh. Alkisah begitulah..

Selain alam flora fauna and talk2 show di STC tuh, den ramai gak la jumpe kenalan2 baru tak kire dari indonesia and malaysia. Best bro. Bile kenal ramai orang, ramai yang akan add kite di Facebook. hahaha. den gurau2 je bro.. ukhwah tuh yang penting ye bro.

Alkisah pada petang semalam pula ye. Petang semalam ade lah perjumpaan student2 Mara dengan pengarah dan pembantu beliau. Pengarah Mara kali nih memang best. Antara pengarah yang paling cool. Mase meeting tuh, pengarah explain la serba sedikit mengenai latar belakang beliau dan menerangkan kembali tujuan utama kite datang ke sini. Di samping bagi advice sket untuk up CGPA. InsyaAllah kami akan buat yang terbaik.

Ini part den tak berape nak berkenan. Tengah pengarah explain2 n elaborate kenape mereke tak puas hati dengan akademik kitorang, pembantunya mencelah and tanye "Sape join usrah2 nih?" Dalam hati den cakap camnih la ye, "Apohal lak ai nih ha?" Haeehh.. Ape kaitan usrah dengan semua nih bro? C'mon bro. Masing masing dah besar bro. Pastu die tambah lagi, "Mane tak CGPA jatuh. Awal2 freshman masuk terus2 semangat tarik dorang. Study sume ntah ke mane.. dan lain2" (den edit sedikit nih tapi bunyi n makne die memang camnih). Pastuh die cakap die ade member sebelum masuk usrah dapat 4.0 n bile dah masuk usrah dapat 3.50. Ish ish ish.. Sanggup salahkan usrah tuh? Mane lak letaknye sensitiviti orang2 zaman sekarang nih. C'mon bro.

Usrah tuh bukanlah satu beban ok bro. Memang lah ade time busy nak pergi buat halaqah n bahagi mase antara study n dakwah. Tapi bagi sesiape yang memahaminya, study itu sendiri adalah satu dakwah. Macam kuning telur and putih telur la bro. Haeh. Maleh nak cite panjang pasal telur2 nih, kang jadi lak ISK post nih haa. Bile die cakap macam tuh je pasal usrah and CGPA, den takut lak bile budak2 lain dengar n terus terpahat kat pikiran samsoy dorg camnih, "Nih kalau aku join usrah, mesti ar CGPA aku macam hamis nanti." Usrah nih bukan.. haehh.. bukan stok nak ramai2 tarik orang or dak2 freshman join and "Sape ade banyak ahli USRAH die yang menang". Usrah nih nak membentuk CIRI CIRI PERIBADI Muslim bagi individu yang beragama Islam. Lagi-lagi kite nih jauh dari rumah or tanah air. Takde sape nak jage kite. Kang ade lak yang teguk minum arak, buat bende2 macam kat website or pape je r. Elok2 name Khalis or Aminah, kang ade lak tertukar jadi Robert or Jennifer ke. Den maleh nak cite serigala dengan kambing. Adeehh.. Tuh sedikit sebanyak mengenai tujuan usrah tuh. Nak tau lagi meh join mane2 halaqah.. Sekejap je bro. ok bro?

Kalau study kitorang jatuh sket, janganlah salahkan usrah tuh. Lain orang lain masalahnya. InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik.
Pastu die ade tambah lagi ,
"Kat sini usrah ape? Usrah pas or umno. Usrah pas nih kang bile dah balik mule lah bantah kerajaan buat demo sana sini. Goyang pagar bagai." (den edit macam biasa. tpi makne macam nih le.. hehe)
Den nih ha tak support mane2 parti politik dalam usrah. Tak kire Pas, Pkr, Umno or pape je r. Yang den tahu, join usrah nih nak memperbaiki kelemahan diri sendiri, nak buang titik titik hitam yang melokat kat hati tuh, mengajak dak2 lain ke arah yang bonar, and menaikkan Islam seantero dunia. Yang politik2 nih, terpulang kepada individu masing2 untuk menilainya. Mane baik mane buruk. C'mon bro. Masing masing dah besar dah bro. Tapi pucuk paku or akar umbi usrah nih untuk membentuk, melentur hati individu supaya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan (ayat skema buku rujukan agama Sasbadi). Takdenye dalam usrah, naqib ajar camner nak teguk "air" dengan berhemah. Takde lak ajar cara-cara nak roboh pagar or lotupkan diri depan bangunan kerajaan. And takde lak die ajar cara-cara memegang rokok dengan betul or buat "O" dengan bergaye. Dan banyak lagi ye bro. Sume nye takde ok bro.

Alkisah mase die tengah cakap2 macam nih, den ade gak nak bantah. Tapi takut lak jadi camnih...

"(Usrah nih.. usrah tuhh..usrah sana.. usrah sinun.. bla. bla..blaa)"
"Saya bantah hujah encik bulat2 nih haa. Usrah bukan ape yang tuan sangkakan kat uni nih or tempat2 lain"
"Apehal lak?"
"Usrah nih semuanya baik2. Politik or study tuh bukan satu alasan dalam usrah."
"Name sape nih?"
"Name saye Firdaus is Rejam di facebook. (nih gurau2 je bro)"
~Pembantu tersebut duduk sambil membelek2 kertas di tangan beliau.~
"Haa Firdaus. Ko punye CGPA berape sem nih.?"
"Boleh la encik. Cukup cukup makan je."
~Pembantu tersebut masih membelek2 kertas dan lantas memandang tepat ke arah Firdaus is Rejam.~
"Haaa tuh la pasal. Cakap bukan main lobat. Cukup-cukup makan lak. Kang ekau makan penampau den nih haa terus pokak telinga ai. Ko duduk sonyap2 kek belakang tuh. Memokak je keje."
"Baik.. encik.."
~Terus duduk sambil buat2 cool and bersiul-siul melupakan adegan2 sebelumnya~~~

Begitulah melankolik melodramatiknya. Bukan taknak bantah, tapi den rase den nih macam kurang kredibiliti nak bantah. Lagi-lagi bile cakap dengan orang berpangkat besar. Den nih haa bukanlah pandai sangat. Tapi Alhamdulillah diberi rezeki untuk study luar negara. Tapi den totap akan buat yang terbaik ye. Adeehh..

Alkisah sang kancil berjumpa dengan sultan Firaun....

Begitulah coretan saya pada kali ini. Walau bagaimanapun, pengarah dan pembantunya memang baik dan niat mereka memang murni. Tegas dalam memberi dorongan supaya pelajar2 MARA terus memperbaiki keputusan demi negara,family and bangsa Melayu. Di sini saya tak salahkan sesiapa pun. InsyAllah, untuk semester2 yang akan datang marilah kita sama2 tolong menolong untuk memperbaiki result masing2. Den nih bukan lah perfect dan takde lah baik sangat pula gamaknya. Tapi bro, janganlah sesekali salahkan usrah or pape yang berkaitan dengan nih. Same macam salahkan Islam bro. Tepuk dada tanyalah... selera or Iman bro?

Sekian trimass ye bro. Ayoh pelajar pelajar semua.


P/S: Ntah cam mano leh terlayan lagu nih time nak balik STC. haha. ape-ape pun hidup kene estelelete. Wassalam semua.

...kosentrasi melodramatik

Friday, May 20, 2011

Hatiku Bukan Pualam

Salam semua.

haaa, dah genap setahun blog apo2 ntah nih. ado la 2-3 bacaan pasal kelapa parut ngan kangkung. macam biase r summer. tahun lepas macam nih gak. stok xde kelas or trainning bola, tersadai den kat depan laptop xtau wat pape. adoyai..

takpe2, mase yg ade terluang nih jgn bazirkan mase ngn aktiviti tak berfaedah. bnykkan amalan spt hafal surah al mulk ke, derma darah ke, pergi fishing smbil lihat scenery terbaek ke. ape2 pun boleh.

papepun, congrats kpd senior2 yg graduate thn nih. korg mmg best. kadang2 time pergi grad dinner ngn commencement harituh, rase jealous + kagum + teruja + semangat pun ade gak. tpi takpe, next year beb.. next year.. haha (insyaAllah)

tuh je la kot. nnti den update r pape klo den rase boring lg tyme summer2 nih. haha. peace n salam

Saturday, July 31, 2010

Aku Seekor Nyamuk

Nyamuk seekor aku..

Siapa aku?

Sunday, July 25, 2010

Sayur Kailan



Nih Hussaini alumni purdue suruh update blog. Maklumlah, blog ini pun ade 2 je post yang ntah hape2. Selepas kelapa parut, saya mahu cerita pula mengenai sayur kailan. Jangan terkeliru antara "Kailan" dengan "Kalian" kerana kedua-dua perkataan membawa maksud yang berbeza. Sebagai contoh,

"Saya suka sayur kailan." - penggunaan perkataan kailan
"Kalian semua memang terbaik dan juga best." - penggunaan perkataan kalian

Kalau kita amati betul-betul kedua-dua perkataan nih, memang hampir sama bunyinya. Tapi AWAS! Makna perkataan2 tersebut amatlah berbeza. haha

Kailan ataupun dalam bahasa saintifiknya iaitu "Brassica oleracea" amat terkenal dengan masakan2 melayu yang best2. Sayur kailan nih amat bagus untuk kesihatan. Nih antara sayur faveret kirenye lah. Kalau dulu-dulu, kalau mak masakkan sayur nih memang licin la pinggan.
Tapi sekarang, nak jumpe sayur nih pun susah sebab duduk kat purdue nih en. Pasar tani pun tak pernah jumpe lak.

Tapi jangan risau sume, kat asia foodmart ade jual sayur kailan nih. Tapi kat label die bukan tulis "Kailan" mahupun "Kalian" tapi ada nama cine lain iaitu "Gui Lam" or ape ntah.. Lebih kurang macam tuh la bunyinya.

Nih alamat Asia market tuh bagi sesiapa yang nak cari sayur nih kat purdue:
2400 Yeager Road, West Lafayette, IN
bolehlah key in kat GPS kalau masih tak tahu area2 nih.

Kepada penggemar2 masakan kailan ikan masin tuh, kurang- kurangkan lah pengambilannya kerana dikhuatiri mendapat penyakit2 yang kurang best contohnya darah tinggi. lemak tepu dan lain-lain. Amat tidak bagus untuk kesihatan.

Baiklah. Di sini sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga para pembaca dapat mengambil tahu sedikit sebanyak mengenai sayur kailan dan juga lokasi Asia Market.

Trimas.

...kosentrasi melodramatik


(amcm hussaini?) haha

Saturday, June 19, 2010

Kelapa Parut

Ada apa dengan kelapa parut? Umum sering terkeliru dengan 2 sebutan yang sering diguna pakai dalam perbualan harian masakini; iaitu kelapa dan kepala. Menurut Dewan Bahasa Dan PusTA, edisi ke-7 edaran 2005, cetakan Sasbadii Publication, kelapa yang dimaksudkan adalah coconut. Manakala pula, kepala, menurut kamus yang sama, membawa maksud head. Kelapa parut nih merupakan isi daripada buah kelapa yang telah diparut, dikikis halus. Selain tuh gak, kelapa parut merupakan satu bahan penyediaan bagi menghasilkan santan kelapa.

Bagi menghasilkan santan kelapa, biasanya kelapa parut akan dicampur dengan air dan diperah. Ini akan diulang beberapa kali sehingga santan yang terhasil adalah cair.

Kelapa yang telah diparut boleh disimpan beku di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, kelapa parut tersebut boleh dicampurkan dengan air panas dan diramas seperti biasa. Bagi menghasilkan santan yang pekat, buah kelapa yang tua digunakan. Selain itu hanya sekali atau dua perahan dilakukan.

Selain bagi menghasilkan santan, kelapa parut turut digunakan sabagai bahan kuih. Bagi penyedian kuih, buah kelapa yang serdahana muda digunakan atau di sebelah pantai timur dikenali sebagai nyiur kulit hidup. Ini merujuk kepada buah kelapa yang agak muda. Ini kerana kelapa parut yang terhasil rasanya lebih manis dan hebat berkualiti. Antara jenis kuih yang menggunakan kelapa parut adalah apam, buah Melaka dan pulut cawan.

Profilistik daripada huraian di atas, blog ini juga boleh dikategorikan sebagai "kelapa parut".

Sekian terima kasih.

... kosentrasi melodramatik




Thursday, June 17, 2010

Posto..

Cubaan pertama buat blog sempena musim summer yang amat kurang produktiviti sama ada dari segi lisan mahupun tulisan. Harap maaf sila tunjuk ajar. . :)