Saturday, July 31, 2010

Aku Seekor Nyamuk

Nyamuk seekor aku..

Siapa aku?

Sunday, July 25, 2010

Sayur Kailan



Nih Hussaini alumni purdue suruh update blog. Maklumlah, blog ini pun ade 2 je post yang ntah hape2. Selepas kelapa parut, saya mahu cerita pula mengenai sayur kailan. Jangan terkeliru antara "Kailan" dengan "Kalian" kerana kedua-dua perkataan membawa maksud yang berbeza. Sebagai contoh,

"Saya suka sayur kailan." - penggunaan perkataan kailan
"Kalian semua memang terbaik dan juga best." - penggunaan perkataan kalian

Kalau kita amati betul-betul kedua-dua perkataan nih, memang hampir sama bunyinya. Tapi AWAS! Makna perkataan2 tersebut amatlah berbeza. haha

Kailan ataupun dalam bahasa saintifiknya iaitu "Brassica oleracea" amat terkenal dengan masakan2 melayu yang best2. Sayur kailan nih amat bagus untuk kesihatan. Nih antara sayur faveret kirenye lah. Kalau dulu-dulu, kalau mak masakkan sayur nih memang licin la pinggan.
Tapi sekarang, nak jumpe sayur nih pun susah sebab duduk kat purdue nih en. Pasar tani pun tak pernah jumpe lak.

Tapi jangan risau sume, kat asia foodmart ade jual sayur kailan nih. Tapi kat label die bukan tulis "Kailan" mahupun "Kalian" tapi ada nama cine lain iaitu "Gui Lam" or ape ntah.. Lebih kurang macam tuh la bunyinya.

Nih alamat Asia market tuh bagi sesiapa yang nak cari sayur nih kat purdue:
2400 Yeager Road, West Lafayette, IN
bolehlah key in kat GPS kalau masih tak tahu area2 nih.

Kepada penggemar2 masakan kailan ikan masin tuh, kurang- kurangkan lah pengambilannya kerana dikhuatiri mendapat penyakit2 yang kurang best contohnya darah tinggi. lemak tepu dan lain-lain. Amat tidak bagus untuk kesihatan.

Baiklah. Di sini sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga para pembaca dapat mengambil tahu sedikit sebanyak mengenai sayur kailan dan juga lokasi Asia Market.

Trimas.

...kosentrasi melodramatik


(amcm hussaini?) haha