Saturday, June 19, 2010

Kelapa Parut

Ada apa dengan kelapa parut? Umum sering terkeliru dengan 2 sebutan yang sering diguna pakai dalam perbualan harian masakini; iaitu kelapa dan kepala. Menurut Dewan Bahasa Dan PusTA, edisi ke-7 edaran 2005, cetakan Sasbadii Publication, kelapa yang dimaksudkan adalah coconut. Manakala pula, kepala, menurut kamus yang sama, membawa maksud head. Kelapa parut nih merupakan isi daripada buah kelapa yang telah diparut, dikikis halus. Selain tuh gak, kelapa parut merupakan satu bahan penyediaan bagi menghasilkan santan kelapa.

Bagi menghasilkan santan kelapa, biasanya kelapa parut akan dicampur dengan air dan diperah. Ini akan diulang beberapa kali sehingga santan yang terhasil adalah cair.

Kelapa yang telah diparut boleh disimpan beku di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, kelapa parut tersebut boleh dicampurkan dengan air panas dan diramas seperti biasa. Bagi menghasilkan santan yang pekat, buah kelapa yang tua digunakan. Selain itu hanya sekali atau dua perahan dilakukan.

Selain bagi menghasilkan santan, kelapa parut turut digunakan sabagai bahan kuih. Bagi penyedian kuih, buah kelapa yang serdahana muda digunakan atau di sebelah pantai timur dikenali sebagai nyiur kulit hidup. Ini merujuk kepada buah kelapa yang agak muda. Ini kerana kelapa parut yang terhasil rasanya lebih manis dan hebat berkualiti. Antara jenis kuih yang menggunakan kelapa parut adalah apam, buah Melaka dan pulut cawan.

Profilistik daripada huraian di atas, blog ini juga boleh dikategorikan sebagai "kelapa parut".

Sekian terima kasih.

... kosentrasi melodramatik




1 comment: